NAMA : rokiah bt saat
TEL : 019-1234567
ALAMAT : PT.23, kampung terusan, kota bharu, kelantan.
TEMPAHAN : 3 botol vcofera
BAYARAN : MAYBANK ISLAMIC
(TEMPAHAN AKAN TERUS DIHANTAR SELEPAS MAKLUMAT TEMPAHAN DIBALAS)



salam ramadhan kepada jiwa sihat..jadikan ramadhan tahun ini adalah ramadhan yang penuh rahmat dan magrfirah, mudah2an kembali kita dengan memiliki FITRAH di pagi syawal. ramadhan bulan rahmat, ramai yang tersilap anggap rahmatnya dibulan ramadhan dengan juadah pelbagai hidangan akan tetapi rahmatnya dengan gandaan amal Ibadah pada yang ESA. gembira menyambut ramadhan tetapi di pagi syawal ramai yang menderita sebab ada yang terpaksa potong sana sini sebab kadar gula yang naik mendadak , darah dah melepasi meter hadnya, kolestrol membuka cawangan dan pelbagai lagi. awasi permakanan anda di bulan rahmat ini. ingat rahmat bagi mereka yang beringat akan kesihatan diri, jangan pula buat-buat lupa pada kencing manis, darah tinggi, jantung, gaut dll


Malangnya, bagi kebanyakan orang yang belum dikenal pasti jenis masalah tiroid mereka juga tidak sedar ia berkait rapat dengan masalah berat badan mereka.
Ini kerana pesakit tiroid sukar menurunkan berat badan yang dikatakan meningkat akibat penyakit itu meskipun setelah puas berdiet dan mengikuti program senaman secara konsisten.
Justeru masalah berkaitan tiroid harus diambil serius dan pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan segera kerana ia juga boleh dikesan sebagai kanser!
Kanser tiroid
Kanser tiroid merujuk kepada empat jenis tumor malignan pada kelenjar tiroid iaitu papilari, folikular, medulari atau anaplastik.
Kanser tiroid papilari dan folikular:
l Merupakan jenis kanser tiroid paling lazim dijumpai berbanding jenis lain. Kedua-duanya bermula pada sel folikular pada tiroid. Kebanyakan kanser jenis ini tumbuh dengan perlahan tetapi jika dikesan lebih awal, ia mampu dirawat dengan jaya.
Kanser tiroid medulari:
l Terdiri daripada lima hingga 10 peratus kes kanser tiroid yang muncul dalam sel C tetapi ia lebih mudah dikawal jika dikesan dan dirawat sebelum merebak ke bahagian lain.
Kanser tiroid anaplastik:
l Jenis kanser tiroid yang paling kurang ditemui (hanya satu atau dua peratus) dan timbul dalam sel folikular. Sel kanser jenis ini amat luar biasa dan sukar dikenal pasti. Ia juga sukar dikawal berbanding sel kanser lain kerana biasanya tumbuh serta merebak dengan pantas.
Nodul tiroid boleh menjadi sama ada tidak berbahaya (benign) atau berbahaya (malignan). Sel nodul tidak berbahaya, merebak ke organ lain dalam badan mahupun mengancam nyawa. Kira-kira 90 peratus nodul tiroid adalah tidak berbahaya.
Namun nodul malignan bersifat kanser. Ia lebih serius dan kadangkala boleh meragut nyawa. Sel kanser boleh menceroboh, merosakkan tisu, organ dalam badan dan memasuki saluran darah atau sistem limfa.
Menerusi cara inilah kanser disebarkan daripada sel asalnya (tumor utama) untuk membentuk tumor baru dalam organ lain. Penyebaran kanser ini dipanggil metastasis.
Sekiranya metastasis berlaku di luar tiroid, sel kanser biasa ditemui pada nodus limfa berhampiran, urat saraf atau pembuluh darah. Apabila kanser sampai di nodus berkenaan, sel kanser mungkin juga telah merebak ke nodus limfa atau organ lain seperti paru-paru dan tulang.
Simptom
Peringkat awal kanser tiroid lazimnya tidak menimbulkan sebarang simptom namun apabila kanser itu membesar, beberapa tanda yang boleh dilihat adalah;
l Benjol atau bintil di depan leher atau berhampiran halkum.
l Suara menjadi parau dan sukar bercakap dalam nada normal.
l Nodus limfa bengkak terutama di leher.
l Sukar menelan atau bernafas
l Sakit pada tekak atau leher.
Bagaimanapun simptom berkenaan tidak menjamin wujudnya kanser tiroid sebaliknya keadaan di atas boleh dicetuskan akibat jangkitan goiter tidak berbahaya atau masalah lain.
Sesiapa yang mempunyai tanda-tanda tersebut dinasihatkan berjumpa doktor secepat mungkin kerana doktor sahaja yang mampu mendiagnosis dan merawatnya.
Diagnosis
Sekiranya pesakit menghidap simptom yang mencadangkan kewujudan sel kanser tiroid, doktor mungkin menjalankan pemeriksaan fizikal dan bertanya mengenai sejarah perubatan diri dan keluarganya.
Doktor yang merawat itu boleh menjalankan ujian makmal dan pengimejan untuk menghasilkan gambaran tiroid serta kelenjar lain.
Pemeriksaan fizikal: Sebelum itu, doktor akan merasa tengkuk, tiroid, peti suara dan nodus limfa untuk memeriksa sebarang ketumbuhan atau bengkak.
Ujian darah: Doktor mungkin menguji darah pesakit untuk sebarang keluarbiasaan paras hormon rangsangan tiroid (TSH) dalam darah.
TSH terdiri daripada kelenjar pituitari dalam otak dan mampu merangsang pelepasan hormon tiroid serta mengawal kepantasan pertumbuhan sel folikular tiroid.
Ultrasonografi: Alat ultra bunyi menggunakan gelombang bunyi melantun pada tiroid dan komputer menggunakan gema untuk menghasilkan imej dipanggil sonogram.
Dari gambar itu, doktor boleh mengenal pasti bilangan nodul, saiz dan adakah mendatangkan bahaya kepada pesakit.
Pengimbasan Radionuklida: Doktor mengarahkan pengimbangan perubatan nuklear yang menggunakan sedikit bahan radioaktif untuk menimbulkan imej nodul tiroid.
Biopsi: Pembuangan tisu untuk mencari sel kanser dipanggil biopsi. Ia boleh menunjukkan kanser, perubahan tisu yang boleh mengakibatkan kanser dan keadaan lain. Biopsi merupakan satu-satunya cara terbaik untuk mengesan sama ada nodul itu bersifat kanser atau tidak
ARTIKEL DIPETIK DARIPADA
Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN
http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/849/Tiroid-biasa-atau-kanser


RAMAI beranggapan rawatan penyakit sinusitis atau lebih dikenali sebagai resdung mengakibatkan komplikasi kematian, malah tidak kurang juga yang mengatakan bahawa penyakit ini sebenarnya tidak dapat dirawat. Sejauh manakah benarnya tanggapan ini? Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr. Abdullah Sani Mohamad menegaskan, penyakit resdung sebenarnya dapat dirawat dengan rawatan ubat-ubatan seperti antibiotik atau antihistamin atau ubat analgesik bagi mengurangkan radangan. Selain mengurangkan radang dan alahan terhadap sesuatu ia juga berfungsi untuk membuka ostia (ruang) yang tersumbat. "Kebanyakan sinus akut dapat diredakan dengan rawatan ubat-ubatan di mana antibiotik berfungsi untuk membunuh kuman yang telah membiak," katanya. Sebaliknya, sekiranya ia tidak dapat dirawat dengan ubat-ubatan, penyakit ini perlulah dirujuk kepada pakar. Menurut Dr. Abdullah Sani, pakar-pakar ENT akan menggunakan endoskop dan meletakkan ubat-ubatan di pintu-pintu ostia terus masuk ke rongga hidung untuk membuka ostia ini. Bagaimanapun, sekiranya prosedur ini tidak berjaya, doktor terpaksa melakukan pembedahan kecil iaitu dengan menusuk jarum masuk ke dalam rongga sinus maxilla dan menyembur air untuk mengeluar dan membasuh rongga sinus. "Melalui kaedah ini, ia dapat melegakan sakit yang dialami serta merta dalam tempoh 24 jam," katanya. Beliau memberitahu, kaedah terbaru dalam rawatan sinus ialah kaedah pembedahan yang dikenali sebagai endoscopic sinus surgery untuk membesarkan pintu-pintu ostia tersebut. Kaedah pembedahan Menurut beliau, dengan menggunakan kaedah ini, doktor dapat melihat lebih dekat pintu ostia dan faktor-faktor yang berpunca dari keturunan (polip), laluan turbinate. Ini kerana punca-punca inilah yang menyebabkan ostia tersumbat. "Kaedah pembedahan ini bukan sahaja dapat membuka ostia menjadi lebih besar, malah ia dapat membesarkan pintu ini supaya ia tidak tersumbat lagi," katanya. Pada masa yang sama ia juga dapat mengeluarkan polip (ketumbuhan) di samping memperbetulkan kelainan turbinate hidung dan memastikan faktor-faktor yang menyebabkan sinusitis. Bagi pesakit yang menghidap sinus kronik, kaedah yang sama juga digunakan untuk membuka ostia atau rongga sinus supaya semua cecair dapat mengalir semula secara normal. APAKAH DIA SINUS Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Ramai beranggapan tulang muka padat (solid) sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara. Ruang-ruang udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia. Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung. Sehubungan itu, pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung. APA YANG TERDAPAT PADA SINUS YANG NORMAL Pada sinus yang normal, terdapat ruang udara dan sedikit cecair yang sentiasa dihasilkan oleh dinding sinus. Seperti dinding ruang hidung, ia sentiasa dibasahi bagi mengawal kelembapan (humidity) yang terdapat dalam paru-paru mengikut kesesuaian paru-paru manusia. Bagaimanapun, cecair ini tidak statik sentiasa mengalir keluar dari sinus melalui pintu dan terus ke hidung. Dari hidung ia akan mengalir masuk ke belakang hidung terus masuk ke dalam tekak. Kebanyakan penyakit sinus disebabkan oleh penya-kit-penyakit hidung. Terdapat empat ruang sinus utama iaitu : * Sinus maxilla * Sinus ethmoid * Sinus frontal * Sinus sphneoid APAKAH SINUSITIS Sinusitis merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah: * Streptococcus * Staphylococcus Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit. Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan sinusitis. PUNCA BAKTERIA MEMBIAK Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya: a. Radangan pada hidung. Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya: * Jangkitan kuman dan alergi (alahan). Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinusitis. b. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung) Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung. Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan berlakunya sinusitis. c. Jangkitan pada gigi geraham atas Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal. d. Genetik Sinusitis bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik. JENIS SINUSITIS * Sinus akut * Sinus kronik SINUS AKUT Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung. Antara ciri-cirinya ialah : * Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian kepala bahagian depan terutama di dahi dan pipi. * Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang. * Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud. SINUS KRONIK Sekiranya sinus akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu semuanya dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk sinusitis pada peringkat akut. Serangan sinusitis akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik. Seseorang yang menghidap sinusitis pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami: * Sakit di muka berkurangan * Tanpa demam tetapi hingus bertambah * Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling. * Cecair akan keluar melalui belakang hidung * Ada kalanya hidung tersumbat INDIVIDU BERISIKO * Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat * Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung * Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok * Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat sinusitis kerana ia menyumbat sinus. KOMPLIKASI Sinusitis yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa. * Kanak-kanak Sinusitis di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta. Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk. Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata. Doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi. * Dewasa Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna. Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti sinusitis, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku. Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.