MAKAN DENGAN SIHAT DI BULAN RAMADHAN

salam ramadhan kepada jiwa sihat..jadikan ramadhan tahun ini adalah ramadhan yang penuh rahmat dan magrfirah, mudah2an kembali kita dengan memiliki FITRAH di pagi syawal. ramadhan bulan rahmat, ramai yang tersilap anggap rahmatnya dibulan ramadhan dengan juadah pelbagai hidangan akan tetapi rahmatnya dengan gandaan amal Ibadah pada yang ESA. gembira menyambut ramadhan tetapi di pagi syawal ramai yang menderita sebab ada yang terpaksa potong sana sini sebab kadar gula yang naik mendadak , darah dah melepasi meter hadnya, kolestrol membuka cawangan dan pelbagai lagi. awasi permakanan anda di bulan rahmat ini. ingat rahmat bagi mereka yang beringat akan kesihatan diri, jangan pula buat-buat lupa pada kencing manis, darah tinggi, jantung, gaut dll

gejala yang sering berlaku ketika berpuasa :
Refluks (angin)
juga dikenali sebagai dyspepsia. Keadaan berlaku apabila asid daripada perut telah naik ke atas saluran bawah esofagus dan masalah ini kerap berlaku akibat pengambilan makanan yang melampaui had. Sembelit – terutamanya apabila kurang pengambilan air dan amalan pemakanan yang tidak seimbang. Pengambilan makanan berkarbohidrat yang melebihi makanan berserat seperti bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran membolehkan masalah ini berlaku.
Muntah serta cirit-birit – biasanya disebabkan keracunan makanan jika seseorang kerap membeli makanan di luar rumah. Keadaan ini berlaku akibat kelalaian peniaga yang tidak mengutamakan kebersihan dan mutu makanan, dan ini meninggikan risiko serangan masalah kesihatan ini.
Untuk kekal cergas di bulan Ramadhan, adalah disarankan juga bagi mereka yang tidak berkemampuan atau berkeupayaan untuk bersenam atau bersukan, supaya melakukan aktiviti fizikal harian seperti mengemas rumah, berkebun, membasuh kereta dan berjalan sebagai alternatif untuk mereka cergas di bulan puasa ini. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal ini, otot-otot di dalam badan akan dirangsang untuk lebih bertenaga dan menjadikan kita berasa sihat. Sebagai contoh sudah memadai bagi suri rumah jika tidak berkesempatan untuk bersenam dengan menggantikannya dengan aktiviti seperti mengemas rumah dan membersihkan halaman rumah. Selain dapat menggerakkan otot-otot tubuh badan, kita akan dapat mengelakkan diri daripada menjadi malas. Selain itu, aktiviti fizikal seperti menaiki tangga dan berjalan juga membantu menjadikan kita cergas walapun di bulan puasa ini. Sebelum kita melakukan aktiviti senaman dan bersukan kita harus menilai keupayaan badan dan kemampuan kita.Setiap individu adalah berbeza tahap kesihatan dan keupayaan anggota tubuh badannya. Komposisi tubuh dan ketahanan badan mereka juga tidak sama dengan individu yang lain. Hal ini penting sekiranya seseorang itu menghidapi penyakit seperti kencing manis dan sebagainya. Badan seorang pesakit itu sensitif dan mudah terdedah kepada risiko kesihatan yang lain jika tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pakar. Sekiranya mereka ingin juga melakukan aktiviti senaman di bulan puasa ini adalah disarankan supaya mereka mendapatkan nasihat dan pandangan doktor untuk mengelakkan sebarang implikasi buruk. Apa yang penting sekiranya kita ingin kekal cergas dan sihat di bulan puasa ini, amalan melakukan aktiviti fizikal dan senaman merupakan sesuatu yang perlu dititikberatkan selain daripada penjagaan makanan yang teratur. Sebelum melakukan sebarang aktiviti senaman kita mestilah melakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan selepas selesai bersenam. Amalkanlah aktiviti fizikal dan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan 30 minit setiap sesi. Kombinasi di antara pemakanan yang sihat, aktiviti fizikal yang bersesuaian dan rehat yang secukupnya dapat menjadikan badan kita lebih sihat meskipun sedang berpuasa. Ditambah pula dengan keberkatan dengan memperbanyakkan ibadah di bulan yang mulia ini, tidak mustahil kita akan lebih sihat daripada bulan-bulan lain (http://www.infosihat.gov.my/isusemasa.php?id=44)

bagaimana membantu anda ;

Membantu mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan yang ideal

Mengurangkan risiko serangan jantung dan darah tinggi

Mengurangkan kadar kolesterol

Mengawal kencing manis dan Anti Oksida yang semula jadi

Tidak meningkatkan kadar platelet dalam darah

Mencegah serangan penyakit kerana memiliki agen Anti Virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.

Meningkatkan kadar metabolisme dan pemangkin kelenjar thyroid

Membekal sumber tenaga yang pantas