MENDIDIK DIRI UNTUK HIDUP SIHAT
dalam kehidupan kita, kesihatan merupakan hal yang terpenting untuk dijaga..kerana Nabi Muhammad juga pernah bersabda yang bermaksud, akal yang sihat terletak pada badan yang sihat...maka mari lah kembali sihat secara semulajadi..setiap penyakit ada ubatya kecuali MATI..hiduplah kamu seperti mana kami akan hidup 100tahun lagi tp beribadahlah kamu sepertimana kamu akan mati sekejap lagi...JOM SIHAT UNTUK BERIBADAH
KELAPA DARA DENGAN RESDUNG
ADAKAH hidung anda sering gatal-gatal, kerap bersin, berhingus dan berkahak terutama pada waktu pagi serta mata sering berair? Jika ya, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan rapi kerana anda mungkin menghadapi masalah resdung atau sinusitis.
Walaupun ia boleh dirawat, pengesanan penyakit pada peringkat awal akan memudahkan lagi proses pengubatan.
Lagipun, resdung pada peringkat parah bukan sahaja memerlukan pembedahan, malah ia mungkin membawa kepada penyakit lain yang lebih serius seperti barah.
Walaupun ia boleh dirawat, pengesanan penyakit pada peringkat awal akan memudahkan lagi proses pengubatan.
Lagipun, resdung pada peringkat parah bukan sahaja memerlukan pembedahan, malah ia mungkin membawa kepada penyakit lain yang lebih serius seperti barah.
BAHAYA TIROID
TIROID BOLEH MENYEBABKAN BENGKAK PADA LEHER
Kelenjar tiroid terdiri daripada dua lobe, satu di sebelah kanan dan satu lagi disebelah kiri. Kedua-duanya disambung oleh satu struktur atau bridge merentasi trakea yang dinamakan ithmus. Setiap lobe adalah berbentuk seperti buah pear. Kelenjar tiroid mempunyai satu lapisan kapsul yang nipis dan juga pretracheal fascia.
Sel-sel tiroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodin yang diambil dalam pemakanan manusia. Iodin ini akan bergabung dengan asid amino tirosina yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4. Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3 15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2.
T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah lebih aktif daripada T4. T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang. Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hipotalamus yang berada di bahagian otak
SAMBUNGAN......
PENGEDAR PANTAI TIMUR DICARI

BAGI MEREKA YANG BERMINAT MENCARI SUMBER KEWANGAN SAMPINGAN BOLEH HUBUNGI KAMI DI TALIAN 013-9770397 UNTUK MENJADI PENGEDAR. PENGEDAR DI KAWASAN PANTAI TIMUR MASIH LAGI DICARI. KOMISEN JUALAN ADALAH SANGAT TINGGI.
PENGEDAR TERKINI :
KOTA BHARU
WAN NOOR MALINI IBRAHIM
PENGEDAR KAWASAN KOTA BHARU
TEL : 012-9376778
KOD : KB 001 (778)
PENGEDAR TERKINI :
KOTA BHARU
WAN NOOR MALINI IBRAHIM
PENGEDAR KAWASAN KOTA BHARU
TEL : 012-9376778
KOD : KB 001 (778)
MATI KERANA RESDUNG??

PENGETAHUAN MENGENAI RESDUNG
RAMAI beranggapan rawatan penyakit sinusitis atau lebih dikenali sebagai resdung mengakibatkan komplikasi kematian, malah tidak kurang juga yang mengatakan bahawa penyakit ini sebenarnya tidak dapat dirawat. Sejauh manakah benarnya tanggapan ini? Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr. Abdullah Sani Mohamad menegaskan, penyakit resdung sebenarnya dapat dirawat dengan rawatan ubat-ubatan seperti antibiotik atau antihistamin atau ubat analgesik bagi mengurangkan radangan. Selain mengurangkan radang dan alahan terhadap sesuatu ia juga berfungsi untuk membuka ostia (ruang) yang tersumbat. "Kebanyakan sinus akut dapat diredakan dengan rawatan ubat-ubatan di mana antibiotik berfungsi untuk membunuh kuman yang telah membiak," katanya. Sebaliknya, sekiranya ia tidak dapat dirawat dengan ubat-ubatan, penyakit ini perlulah dirujuk kepada pakar. Menurut Dr. Abdullah Sani, pakar-pakar ENT akan menggunakan endoskop dan meletakkan ubat-ubatan di pintu-pintu ostia terus masuk ke rongga hidung untuk membuka ostia ini. Bagaimanapun, sekiranya prosedur ini tidak berjaya, doktor terpaksa melakukan pembedahan kecil iaitu dengan menusuk jarum masuk ke dalam rongga sinus maxilla dan menyembur air untuk mengeluar dan membasuh rongga sinus. "Melalui kaedah ini, ia dapat melegakan sakit yang dialami serta merta dalam tempoh 24 jam," katanya. Beliau memberitahu, kaedah terbaru dalam rawatan sinus ialah kaedah pembedahan yang dikenali sebagai endoscopic sinus surgery untuk membesarkan pintu-pintu ostia tersebut. Kaedah pembedahan Menurut beliau, dengan menggunakan kaedah ini, doktor dapat melihat lebih dekat pintu ostia dan faktor-faktor yang berpunca dari keturunan (polip), laluan turbinate. Ini kerana punca-punca inilah yang menyebabkan ostia tersumbat. "Kaedah pembedahan ini bukan sahaja dapat membuka ostia menjadi lebih besar, malah ia dapat membesarkan pintu ini supaya ia tidak tersumbat lagi," katanya. Pada masa yang sama ia juga dapat mengeluarkan polip (ketumbuhan) di samping memperbetulkan kelainan turbinate hidung dan memastikan faktor-faktor yang menyebabkan sinusitis. Bagi pesakit yang menghidap sinus kronik, kaedah yang sama juga digunakan untuk membuka ostia atau rongga sinus supaya semua cecair dapat mengalir semula secara normal. APAKAH DIA SINUS Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Ramai beranggapan tulang muka padat (solid) sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara. Ruang-ruang udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia. Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung. Sehubungan itu, pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung. APA YANG TERDAPAT PADA SINUS YANG NORMAL Pada sinus yang normal, terdapat ruang udara dan sedikit cecair yang sentiasa dihasilkan oleh dinding sinus. Seperti dinding ruang hidung, ia sentiasa dibasahi bagi mengawal kelembapan (humidity) yang terdapat dalam paru-paru mengikut kesesuaian paru-paru manusia. Bagaimanapun, cecair ini tidak statik sentiasa mengalir keluar dari sinus melalui pintu dan terus ke hidung. Dari hidung ia akan mengalir masuk ke belakang hidung terus masuk ke dalam tekak. Kebanyakan penyakit sinus disebabkan oleh penya-kit-penyakit hidung. Terdapat empat ruang sinus utama iaitu : * Sinus maxilla * Sinus ethmoid * Sinus frontal * Sinus sphneoid APAKAH SINUSITIS Sinusitis merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah: * Streptococcus * Staphylococcus Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit. Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan sinusitis. PUNCA BAKTERIA MEMBIAK Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya: a. Radangan pada hidung. Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya: * Jangkitan kuman dan alergi (alahan). Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinusitis. b. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung) Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung. Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan berlakunya sinusitis. c. Jangkitan pada gigi geraham atas Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal. d. Genetik Sinusitis bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik. JENIS SINUSITIS * Sinus akut * Sinus kronik SINUS AKUT Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung. Antara ciri-cirinya ialah : * Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian kepala bahagian depan terutama di dahi dan pipi. * Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang. * Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud. SINUS KRONIK Sekiranya sinus akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu semuanya dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk sinusitis pada peringkat akut. Serangan sinusitis akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik. Seseorang yang menghidap sinusitis pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami: * Sakit di muka berkurangan * Tanpa demam tetapi hingus bertambah * Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling. * Cecair akan keluar melalui belakang hidung * Ada kalanya hidung tersumbat INDIVIDU BERISIKO * Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat * Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung * Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok * Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat sinusitis kerana ia menyumbat sinus. KOMPLIKASI Sinusitis yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa. * Kanak-kanak Sinusitis di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta. Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk. Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata. Doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi. * Dewasa Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna. Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti sinusitis, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku. Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.
BUASIR - BUASIR DAPAT DIRAWAT??
BUASIR
Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah. Ada dua jenis buasir :
Dalaman dan Luaran
Buasir Dalaman:
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.
Buasir Luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.
PENYEBAB UTAMANYA
- Sentiasa duduk
- Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
- Cirit-birit
- Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
- Batuk yang teruk
- Bersalin
- Mengangkat berat
PENCEGAHAN
Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua berikut:
- Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
- Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
- Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
- Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut
- Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.
RAWATAN
Terlebih dahulu anda perlu mengenalpasti penyebabnya, kemudian jauhkan diri anda darinya. Tiada gunanya anda merawat buasir tersebut kemudiannya anda meneruskan semula amalan yang boleh mencetuskan semula keadaan ini. Apabila anda telah bertekad untuk menghapuskan faktor-faktor pencetus buasir, maka barulah anda boleh merawatnya. Terdapat dua matlamat untuk merawat buasir. Pertamanya menghentikan gejala atau simptom (sakit, pedih dan gatal). Keduanya ialah mengecutkan buasir tersebut.
- Mandian Sitz (rendamkan bahagian rektum ke dalam air suam) untuk selama 15-20 minit, 3 hingga 4 kali sehari. Rawatan ini sangat mudah dan berkesan untuk mencapai kedua-dua matlamat di atas.
- Anda boleh membeli ubat krim buasir dan supositori untuk menghilangkan gangguan dan kesakitan tetapi ianya tidak boleh mengecutkan buasir.
- Untuk mengecutkan buasir kepada saiz asalnya, pengubatan semasa adalah berguna.
- Cucikan seluruh bahagian rektum dengan air suam setiap kali anda membuang air besar dan gunakan julap serat pukal (bulk fibre laxative) untuk melembutkan najis. Ini boleh mengelak anda dari meneran semasa membuang air besar.
Bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konsevatif, rawatan yang standard boleh dijalankan iaitu mengikat dengan lingkaran getah (rubber band ligation). Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir tersebut. Dalam masa 7 hingga 10 hari buasir tersebut akan tertanggal keluar. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman sahaja. Ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan. Tetapi anda mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan untuk beberapa hari.
Koagulasi inframerah- sinaran inframerah dipancarkan selama satu atau dua saat untuk menghentikan bekalan darah ke buasir. Anda mungkin terasa bahang panas ketika prosedur ini dilakukan dan terdapat sedikit pendarahan berlaku dalam beberapa hari selepas itu. Prosedur ini sama juga seperti ikatan lingkaran getah, dilakukan hanya untuk buasir dalaman. Tetapi ianya lebih cepat dan kurang menyebabkan jangkitan.
Elektrokoagulasi bipolar - Prosedur ini dikenali juga dengan nama Bicap, adalah sama seperti prosedur koagulasi inframerah dan ia mempunyai kebaikan dan keburukan yang sama.
Terapi laser- pancaran laser akan mengewapkan tisu buasir. Tetapi prosedur ini didapati lebih mahal dan tidak menunjukkan sebarang kelebiha nnya dari prosuder-prosedur lain. Ianya perlu dijalankan dengan berhati-hati dari segi kedalaman dan lokasinya bagi mengelakkan pendarahan dan kesakitan kepada pesakit.
Pembedahan biasanya dilakukan sebagai langkah terakhir apabila kedua-dua jenis buasir tersebut menjadi semakin teruk dan rawatan-rawatan lain tidak berjaya menyembuhkannya. Kaedah ini didapati berkesan tetapi pesakit terpaksa tinggal di dalam hospital sehari dua dan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh berbanding dengan pendekatan-pendekatan lain.
BILAKAH ANDA PERLU BERJUMPA DOKTOR?
Rawatan yang agresif seperti yang dinyatakan di atas sepatutnya boleh menyembuhkan buasir dalam beberapa hari sahaja. Tetapi ia mungkin mengambil masa 2 - 4 minggu untuk pulih sepenuhnya. Jika tidak, anda perlu berjumpa doktor semula dan berbincang dengannya. Masalah-masalah perubatan penyakit keradangan usus atau jangkitan usus boleh menyerupai gejala-gejala buasir. Oleh itu, jika keadaan anda masih berterusan walaupun telah mendapat rawatan asasnya, anda perlu berjumpa doktor.
PENGURUSAN SENDIRI
- Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari
- Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
- Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
- Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.
MINYAK KELAPA DARA - MAKANAN KESIHATAN
· Tidak mengandungi kolestrol
· Berupaya mengurangkan berat badan.
· Bersifat antivirus, antibakteria dan antifungus.
· Antioksida meningkatkan system imunisasi.
· Pemangkin metabolisma tubuh.
· Kandungan moholorinya menyamai kekuatan susu ibu.
· Amat berkesan untuk rawatan rambut.
BOLEH DIMAKAN BEGITU SAHAJA
2 HINGGA 4 SUDU BESAR SEHARI
· Menggalakkan kadar metabolisma yang tinggi secara semulajadi.
· Dikilangkan melalui proses bioteknologi dengan menggunakan kelapa matang yang bermutu tinggi. Kandungan minyak kelapa dara dipelihara.
TANPA BAHAN AWET
TANPA PERASA TIRUAN
FAKTA NUTRISI
MINYAK KELAPA DARA – 100%
KOLESTROL -0%
KARBOHIDRAT – 0%
GULA – 0%
PROTEIN – 0%
TEKANAN DARAH RENDAH - APA YANG ANDA TAHU?

DARAH RENDAH-APA YANG ANDA TAHU??
Lemah, mudah lelah, dan mudah pengsan biasa menjadi pertanda kemungkinan anda menderita tekanan darah rendah (hipotensi). Walaupun demikian, pada umumnya tekanan darah rendah tidak menimbulkan gejala. Cukup banyak penderita yang tidak merasakan keluhan apapun.
Kalaupun dirasakan, gejala-gejalanya sebahagian mirip dengan gejala kurang darah (anemia). Tak heran jika banyak yang mengira tekanan darah rendah sama dengan kurang darah. Padahal keduanya berbeza. Tekanan darah diketahui dengan cara mengukur kekuatan denyut nadi, sedangkan kurang darah diketahui dengan pemeriksaan kadar hemoglobin (Hb) darah di laboratorium.
Seseorang dinyatakan tekanan darahnya rendah jika angka tekanan darah diastoliknya kurang dari 80 mmHg. Tekanan darah rendah, menurut dr Agus Taolin, Sp.P.D dari Rumah Sakit Bogor dapat terjadi pada orang yang kurang makan, berbaring terlalu lama, mengalami gangguan saraf otonom (seperti penderita diabetes), atau gangguan hormon.
Pada prinsipnya tekanan darah rendah tidak memerlukan pengubatan. Bila Anda merasakan gejala, segeralah berbaring. Berlawanan dengan pengidap hipertensi, penderita tekanan darah rendah dianjurkan menambah konsumsi garam dapur, termasuk makanan asin bergaram. Disarankan total asupan garam sehari diperkirakan setara dengan 10-20 gram (1-2 sendok makan rata).
Mungkin suatu kebaikan bahwa Anda memiliki tekanan darah rendah. Dalam satu kesimpulan hasil penelitian dikatakan bahwa pemilik tekanan darah rendah memiliki harapan hidup lebih tinggi daripada orang-orang yang tekanan darahnya normal. Berbeza dari tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah dapat dikatakan tidak perlu pengubatan. Dokter hanya akan memberikan obat-obatan peningkat tekanan darah jika gejala-gejala tekanan darah rendah sudah sangat mengganggu kegiatan Anda sehari-hari.
Walaupun relatif tidak berbahaya, Robert di Binaco, M.D., dari Washington Adventist Hospital di Massachussets, AS, mengingatkan digalakkan penderita tekanan darah rendah waspada. Dengan bertambahnya usia, tekanan darah rendah cenderung menjadi temporer, yang disebut hipotensi ortostatik. Misalnya, ketika turun dari tempat tidur tiba-tiba mahu pingsan, tiba-tiba merasa lemah, ruangan seakan berputar, atau pandangan menjadi gelap. Jika Anda mengalami hal ini, apalagi kalau sering, segeralah memeriksakan diri ke dokter.
Lemah, mudah lelah, dan mudah pengsan biasa menjadi pertanda kemungkinan anda menderita tekanan darah rendah (hipotensi). Walaupun demikian, pada umumnya tekanan darah rendah tidak menimbulkan gejala. Cukup banyak penderita yang tidak merasakan keluhan apapun.
Kalaupun dirasakan, gejala-gejalanya sebahagian mirip dengan gejala kurang darah (anemia). Tak heran jika banyak yang mengira tekanan darah rendah sama dengan kurang darah. Padahal keduanya berbeza. Tekanan darah diketahui dengan cara mengukur kekuatan denyut nadi, sedangkan kurang darah diketahui dengan pemeriksaan kadar hemoglobin (Hb) darah di laboratorium.
Seseorang dinyatakan tekanan darahnya rendah jika angka tekanan darah diastoliknya kurang dari 80 mmHg. Tekanan darah rendah, menurut dr Agus Taolin, Sp.P.D dari Rumah Sakit Bogor dapat terjadi pada orang yang kurang makan, berbaring terlalu lama, mengalami gangguan saraf otonom (seperti penderita diabetes), atau gangguan hormon.
Pada prinsipnya tekanan darah rendah tidak memerlukan pengubatan. Bila Anda merasakan gejala, segeralah berbaring. Berlawanan dengan pengidap hipertensi, penderita tekanan darah rendah dianjurkan menambah konsumsi garam dapur, termasuk makanan asin bergaram. Disarankan total asupan garam sehari diperkirakan setara dengan 10-20 gram (1-2 sendok makan rata).
Mungkin suatu kebaikan bahwa Anda memiliki tekanan darah rendah. Dalam satu kesimpulan hasil penelitian dikatakan bahwa pemilik tekanan darah rendah memiliki harapan hidup lebih tinggi daripada orang-orang yang tekanan darahnya normal. Berbeza dari tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah dapat dikatakan tidak perlu pengubatan. Dokter hanya akan memberikan obat-obatan peningkat tekanan darah jika gejala-gejala tekanan darah rendah sudah sangat mengganggu kegiatan Anda sehari-hari.
Walaupun relatif tidak berbahaya, Robert di Binaco, M.D., dari Washington Adventist Hospital di Massachussets, AS, mengingatkan digalakkan penderita tekanan darah rendah waspada. Dengan bertambahnya usia, tekanan darah rendah cenderung menjadi temporer, yang disebut hipotensi ortostatik. Misalnya, ketika turun dari tempat tidur tiba-tiba mahu pingsan, tiba-tiba merasa lemah, ruangan seakan berputar, atau pandangan menjadi gelap. Jika Anda mengalami hal ini, apalagi kalau sering, segeralah memeriksakan diri ke dokter.
Subscribe to:
Posts (Atom)







.png)




